Thursday, July 16, 2009

I've got Flu...

salam untuk semua..

Macam tajuk entry aku tu...macam tu la keadaan aku....ni pun aku menggagahkan diri untuk mengkhabarkan keadaan aku pada korang sumer...takut kang ade yang tercari-cari...hehehe...(ade ke yang nak cari aku ne??)

Tadi lepas sekolah ade teknik menjawab soklan BI utk tahun 6..aku dah bagitau kat ketua panitia aku yang aku nak balik gi klinik sebab dah x tertahan lagi dah....
bukan nak melarikan diri..tapi diorang kena ingat gak, aku ni stay jauh...dahla dorang buat pukul 2.45 petang..sampai pukul 5 lak tu..nak suh aku pengsan ke? Pukul 5 belum tentu boleh balik..nak kena kemas2 pulak..dah la kawasan sekolah aku tu jalan sebok time-time macam tu...maunye Maghrib baru aku sampai umah..dengan idung aku yang sentiasa berair neh??hmm...alamatnye aku check in hotel la....

Balik je sekolah tadi aku terus gi klinik..makan ubat then terus tido....nasibla mama aku gerakkan pukul 6 tadi...aku pun bangun and mandi..bagi segar badan sikit..tapi keadaan aku macam tu jugak...still lemah...throat aku pun dah mula sakit...esok x tau lagi macam mana...aku akan tetap ke sekolah...tapi....dalam mood yang tak berapa stabil dan juga idung yang berair...
Tak leh nak melawala esok...abis segala make up aku..huhuhu..

Okla..aku nak berehat..jap gi nak makan ubat and...Booooomm...!!

Dah tak tertahan dah neh...kalini aku nak sebarkan virus demam aku ni pada cikgu-cikgu sekolah aku..biar dorang rasa macam mana lemahnye badan aku neh..huhuhu...dahla hari Sabtu ni ade sekolah....kena pakai pakaian sukan..pastu nak gi kenduri kawen kawan aku lak..member satu sekolah mengajar sekarang neh....

Logik akal ke x GB aku tu suh gi kenduri kawen pakai suar n t-shirt?? ape komen korang??

Kalau aku, baik x yah pegi kalau nak jadi bahan umpatan orang..orang akan kata, "NAMA JE CIKGU TAPI XTAU ADAB PEGI MAJLIS KENDURI..X BELAJAR BERSOPAN KE?"

malu....!! malu...!!

Any comment???

Jangan lupa doakan aku cepat sembuh ek....

Daa.....

Tuesday, July 14, 2009

Teringin sizzling mee....

Salam untuk semua...

Maafla sebab aku dah lama x update...dah nak bersawang dah ni....harap2 rumah aku ni xdela bersawang-sawang macam ni ek...hehehe...



Harini aku adelah sangatla teringin nak makan sizzling mee..nak makan kat luar semestinya mama aku xnak...nak makan sengsorang macam x tergamak plak...peneman aku dah balik kampus...hehehe.....

Nak x nak aku terpaksala masak...sebab dah teringinkan....ala...x susah pun...tapi aku x sempatla nak amik gambor bagai...sebab terlalu sedap...!!(memuji diri sendirila pulak...!!hehehe...)

Rasa sejibik macam kat kodai nun....siap bole tambah tu....kalau kat kedai nak kena bayar harga sepinggan lagik kalau nak tambah...hehehe....lebih kurang ginila gambo nyer...ni aku carik2 dalam tenet jerk..hehehe...

haa....
lebih kurang cengginila ghupenye...
hehehe.....


ade sesape teringin??? alamatnye kena datang Penang la yek kengkawan..leh la dak ni masakkan...hehehe...
okla...aku nak gi mencari soklan2 untuk buat soklan UPK3...nanti aku update lagik k...
daaa....

nunait...


Saturday, July 11, 2009

Cinta..oh Cinta....

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?" . Jawab titis air mata kedua, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."
------------------------------------------------------------------------------------------------------
angan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Iye ke ni??

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa,perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap:
musti anak org kaya nih.....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap:
ntah dato' mana bela nih....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring!!

Thursday, July 9, 2009

yahooo....!!!!!

Macam ni la agaknye muka aku bila terlalu excited kan..kan...kan...hehehe..

Korang rasa bole agak x kenape aku jadi terlebih excited??hehehe..

Kalau yang baca paper arini mesti tau kenape....ye la..PPSMI akan dimansuhkan menjelang 2012...sape yang x melonjak suka....aku suka bukan sebab ape..aku memikirkan nasib masa depan anak2 murid di kawasan pedalaman yang mana pengetahuan mereka kurang dan mereka x mampu nak pergi tuisyen di luar ataupun mempunyai buku rujukan tambahan di rumah..

Berbaloi la aku berceloteh panjang lebar dalam blog CHEDET aritu...akhirnya luahan aku diterima oleh kabinet....hehehe..(macam besau sangat pangkat aku sampaikan luahan hati aku di ambil kira dalam mesyuarat kabinet nak tentukan keputusan samada PPSMI diteruskan ataupun x kan..??hehehe...)

Sesape yang mengajar sekolah2 kampung tu taula betapa azabnye nak bagi bebudak ni faham..alangkan aku yang ajar English ni pun terpaksa ajar dwibahasa sebab nak bagitau makna dekat diorang...nasibla aku ni rajin...kalau malas??? sape nak tolong tu??

Pada yang menentang pemansuhan PPSMI..jangan pentingkan diri sendiri..fikirkan masa depan anak2 pada masa depan...kita bukannya hidup nak tongkat langit sampai bebudak tu besar...ajal kita pun kita x tau bila...bagi peluang yang cukup untuk bebudak belajar....

Tengok pada zaman kita belajar dulu cukupla...(tahun 80an)...semuanya menjadik...xde yang x menjadik pun....bahkan, ramai bebudak genius time tu...ok je...English pun maintain je....semua ni terpulang pada individu itu sendiri sebenarnya...setakat mana dia nak menguasai sesuatu subjek tu...kalau setakat lulus je, maka ape yang dia faham dan ingat adelah setakat lulus saja..tapi kalau dia nak ilmu tu sampai dia bole berjaya maka dia akan faham dan ingat sampaila ke akhir hayat....


Renung2 kan ape yang aku luahkan...bukan ape, aku sedih bila tengok sistem pendidikan ni asyik berubah-ubah ikut menteri yang pegang...bukan aku x mahukan perubahan..tetapi pikirkan penerimaan generasi sekarang...ape impak yang diorang akan terima... Masa aku UPSR dulu saja cukupla...xde plak cikgu aku kalut mintak kat kawan2 dia SOALAN BOCOR daripada penggubal soalan UPSR..tapi zaman ni aku tengok..bila nak dekat dengan UPSR..malah sehari sebelum peperiksaan bermula cikgu-cikgi ni dah kalut panggil budak datang sekolah..bagi soalan dan jawapan sekali..suruh bebudak balik dan hafal.....

Dan jawapannye..sebab tu la kementerian dan lain-lain orang nampak PPSMI berjaya...result bagus...macam2 la...hakikatnya yang berlaku di akar umbi.....hanya MEREKA DAN KELUARGA MEREKA SAJA YANG TAU...

Zaman aku dulu nak merasa soalan bocor ke..ape ke...jangan harapla..semmuanya usaha sendiri....Sebab tu bila ade di kalangan sepupu-sepupu aku yang dapat 5A dalam UPSR sikit pun aku tak heran...aku x tumpang bangga pun..sebabnye diorang tu sumernye dapat soklan bocor daripada cikgu cikgi diorang...bukan aku nak dengki ataupun apa...tetapi aku rasa zaman-zaman aku dulu usaha kami lebih berbaloi untuk mendapat walaupun 1A berbanding dengan budak2 zaman sekarang...

So, fikir-fikirkanla......

Ini adelah luahan hati aku..insan yang bergelar guru yang melihat kemungkaran yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang...terlalu banyak yang dah terpesong...ini bukan dan mendidik...tetapi dah mengajar murid-murid menipu untuk lulus...

Apa pulak hukumnya dalam agama?? HALAL KE???


Monday, July 6, 2009

Esok Dah Mula Kerja...

Salam semua...

Harini hari last aku cuti....esok aku dah mula kerja...dah tu aku ni jadi guru bertugas plak minggu ni...huhuhu...makin letihla jawabnye..

Harap2 esok anak-anak murid aku baik2 belaka..x buat banyak kerenah sangat...bukan ape...aku nak berpuasa esok...hehehe....sebelum terlambat baikla aku menggantikan ape yang patut setelah aku dah baik daripada sakit mata neh...

Okla..aku nak siapkan lesson note aku tu...

Esok aku ceritakan kat korang ape yang terjadi k....

Gud nite...sweet dream.....



Sunday, July 5, 2009

Makan-makan Hari Minggu.....Kue Tiaw Kungfu...

Salam sumer....macam yang aku bagitau semalam...aku nak masak kue tiaw kungfu kan?? tapi x jadikla...tetibe jerk mood aku ilang...hehehe...

So, semangat aku dah datang harini...makanya aku pun masakla.....

Meh sini aku bagi resepinya k...

BAHAN-BAHAN :
~kue tiaw
~2 biji telur
~lada hitam/lada sulah
~mix seafood
~carrot
~1 - 1 setengah sudu besar tepung jagung
~1 cawan air
~sayur-sayur lain
~ 1 ulas bawang putih
~2 biji cili padi
~sos tiram(aku guna 1 sudu besar jerk..)

ni adelah gambar bahan2 yang aku sediakan tadik.....


ini kue tiawnye..

ini plak telur 2 biji tadik yang dah dipukul2...

ini plak seafood sikit...
sayur2 sikit...
cili padi n bawang putih yang aku cincang....

CARA-CARA :

1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam.

2. masukkan kue tiaw..(kalau dlm resepi tu hingga 3/4 gelas...tapi aku pukul dlm mangkuk...so, agak2 sendirila yea nak letak kue tiaw tu bnyak mane..ikt sedap korangla yea..)


3. tuang dalam kuali yang telah diletakkan sedikit minyak. ratakan kue tiaw supaya menjadi nipis.


4. balikkan supaya kedua-dua belah masak. dah masak masukkan dalam pinggan dalam...


5. untuk kuah, tumis bawang putih hingga sedikit perang, masukkan seafood tadi.


6. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.


7. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sos tiram, dan sayur2.


8. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuang dalam pinggan berisi kue tiaw tadi..


selamat mecuba dan selamat menjamu selera.....!!!


haa...inilah dia hasilnya.....
sedap x???
hehehe....
makan masa panas2 tau...kalau dah sejuk, dah kembang....lagikla cepat kenyang sebab dah kembang.....

Aku rasa setakat tu je la kot aktiviti aku untuk harini...lepas ni nak ngemas-ngemas bilik plak.....esok aku x g sekolah...sebab cuti peristiwa sempena hari anugerah kecemerlangan semalam....hehehe....beshnye bole bangun lambat esok......hehehe...

Tunggu cerita baru aku ekk....

Daa....

Selamat mencuba resepi k......